Anthony Loke - Kerajaan tidak campur tangan penetapan harga tiket MAS

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Kerajaan tidak campur tangan dalam penetapan harga tiket perjalanan Malaysia Airlines Bhd (MAS) kerana perkara itu adalah keputusan syarikat penerbangan itu berdasarkan pelbagai pertimbangan untuk mengenakan harganya, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Beliau berkata MAS, yang sedang memulihkan perkhidmatan hidangan makanan lengkap dalam penerbangan, tidak boleh dikaitkan dengan mana-mana syarikat penerbangan kos rendah memandangkan imejnya sebagai syarikat penerbangan nasional.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

"Saya ada memberi cadangan kepada MAS supaya penumpang terjejas perlulah diberikan sedikit layanan tambahan, dan contohnya ada point tambahan diberikan.

"Saya pasti servis dan makanan yang dibekalkan oleh pihak Malaysia Airlines mesti ditambah baik, ini bukan sesuatu yang kita nafi. Bagi harga, (perkara) itu pihak pengurusan Malaysia Airlines kena lihat," katanya ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Pengangkutan di Dewan Rakyat, pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (PN-Beluran) yang bangun mencelah meminta penjelasan mengenai cadangan untuk merendahkan tambang penerbangan MAS ketika syarikat tersebut menguruskan masalah katering dalam penerbangannya.

Loke berkata MAS akan memulihkan perkhidmatan hidangan makanan dalam penerbangannya secara beransur-ansur.

"Memang betul ada sektor yang diberikan pack food (makanan yang dipek) tetapi ada laluan yang pulih sepenuhnya. Umpamanya, minggu lepas saya menggunakan pesawat MAS bagi laluan ke Kuching yang perkhidmatan hidangan (makanan dalam penerbangan) telah dipulihkan.

"Kita tidak nafikan perlu ada penambahbaikan bagi harga. Itu pihak pengurusan MAS kena lihat," katanya.

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Undang-undang kita yang sedia ada cukup tegas bukan saja bawah Akta Pengangkutan Jalan tapi juga…
Berita Domestik
“Konvoi itu bukan dengan mana-mana VIP, ia adalah raptai untuk Le Tour de Langkawi (LTdL). "Itu…
Informasi
“Ia seperti pemasangan rasuk (beam launching), pembinaan stesen dan pemasangan landasan (track…