Markus Reiterberger sertai pasukan OneXOX TKKR SAG!

oleh Mohamad Hanif|
Dalam satu hantaran terbaharu di laman Facebook rasmi pasukan ONEXOX TKKR SAG Team sebentar tadi, pasukan tersebut mengesahkan penyertaan Markus Reiterberger untuk beraksi di Kejuaraan Motosikal Asia ARRC musim hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Pelumba Jerman itu bakal digandingkan dengan pelumba negara Azlan Shah Kamaruzaman menggunakan jentera baharu BMW S 1000 RR 2019. 

Pengalaman yang dimiliki oleh Markus Reiterberger juga bukan calang-calang apabila beliau pernah  menjadi juara di dalam German Yamaha Cup (2010) dan tiga kali memenangi kejuaraan IDM Superbike pada tahun 2013, 2015 dan juga 2017.

Jentera BMW S 1000 RR bukanlah asing bagi beliau kerana ia merupakan jentera yang ditunggangi ketika di dalam pasukan Althea BMW Racing Team pada tahun 2016, sebelum memenangi European Superstock 1000 Championship (2018), dan kembali di dalam WSBK 2019 menggunakan jentera yang sama. 

Sumber: ONEXOX TKKR SAG Team

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
  Namun, dia yang berlumba bersama ONEXOX TKKR SAG Team sebelum ini tetap membuka ruang sekiranya…
MotorGP
Pengumuman tersebut dibuat oleh pengelola Onexox TKKR, Datuk Bobie Farid Shamsudin menerusi siaran…
Informasi
  "Dukacita saya hendak beritahu telah positif Covid-19. Pada kenalan yang ada berjumpa saya…