Kesemua peralatan PPE tersebut akan dihasilkan menggunakan proses pemotongan laser yang membenarkan proses produksi yang lebih pantas dan efisien tanpa memerlukan peralatan tambahan.
Melihatkan kepada keterbatasan bahan mentah yang diperlukan, proses menggunakan laser ini mampu diperluaskan kepada penggunaan bahan yang mudah dicapai seperti akrilik dan Perspex.
Selain daripada itu, penggunaan mesin laser ini juga tidak memerlukan pengawasan yang maksimum, dan mampu mengurangkan risiko penularan virus menerusi aliran kerja yang lebih ringkas.
Menurut Dato' Madani Sahari, CEO MARii berkata, teknologi ini amat berguna terutama di dalam situasi COVID-19 di mana terdapat permintaan yang semakin meningkat terhadap PPE.
Tambah beliau lagi, kira-kira 100 unit pelindung muka dan 50 kotak intubasi mampu diproduksikan dalam masa sehari menggunakan teknologi pemotongan laser ini.