Namun, platform ini tidak akan menjadi sebahagian daripada model Porsche, disebabkan Porsche akan membangunkan platform tersendiri.
Menurut laporan daripada Automotive News Europe, Porsche dikatakan membangunkan senibina Premium Platform Electric (PPE) dan model pertama yang bakal lahir adalah Macan EV.
Platform PPE ini juga akan menjadi asas kepada beberapa model, termasuklah model daripada Audi seperti Q6 E-Tron.
Porsche dan Audi telah pun membangunkan PPE sejak tahun 2018 lagi, di mana tidak seperti platform SSP yang bakal menjadi asas kepada model arus perdana, PPE pula akan menjadi asas kepada model-model premium, termasuklah model Bentley.
Sebelum ini, Porsche membangunkan dua buah model Taycan dan Taycan Cross Turismo daripada platform J1 yang dikongsi bersama Audi E-Tron GT.
Setakat ini tiada lagi informasi berhubung model baharu yang bakal menggunakan platform PPE, namun Audi dan Porsche merancang untuk menjual tujuh juta EV yang lahir daripada senibina tersebut.
Sesetengah daripada model Audi masih lagi akan menggunakan platform MEB daripada VW Group.