Audi Urbansphere - SUV konsep terbesar Audi direka untuk bandar mega

oleh Mohamad Hanif|
Selepas pengenalan model Grandsphere dan Skysphere, Audi baru-baru ini memperlihatkan secara rasmi model konsep Urbansphere, sebuah kenderaan swapandu Tahap 4 yang direka untuk bandar-bandar mega, seperti China.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Rekaan Urbansphere juga sebenarnya lahir daripada studio rekaan Audi yang terletak di Beijing.

Seperti model Grandsphere dan Skysphere, Urbansphere masih lagi menggunakan pelantar senibina Premium Platform Electric (PPE), namun dengan dimensi sepanjang 5,510 mm, lebar 2,010 mm, tinggi 1,780 mm dengan jarak antara roda 3,400 mm.

Ini menjadikan Urbansphere model kenderaan terbesar yang pernah Audi ada dan mengalahkan model Audi Q7 yang sedang dijual pada ketika ini.
 

Audi


Dari segi luaran, Audi Urbansphere menggandingkan elemen penampilan minivan dan crossover, dengan pendekatan yang lebih minimalis.

'Gril depan' dan 'gril belakang' Urbansphere sebenarnya merupakan gandingan gugusan lampu LED berbentuk tiga segi yang digelar sebagai Audi Light Canvas.

Panel tersebut yang mampu bercahaya, selain berfungsi sebagai lampu utama, ia juga boleh digunakan sebagai panel paparan mesej kepada pengguna lain.
 

Urbansphere


Urbansphere membawakan bukaan pintu jenis suicide, dengan ketiadaan tiang B.

Apabila penumpang hendak memasuki kereta, Urbansphere akan memancarkan lampu 'permaidani merah' ke atas tanah dan kerusi yang boleh dipusing ke arah luar bagi memudahkan urusan keluar dan masuk.

Disebabkan ia hadir dengan keupayaan swapandu Tahap 4, perkakasan memandu seperti roda stereng dan pedal kawalan boleh disembunyikan daripada tatapan penumpang.
 

Urbansphere


Urbansphere boleh bertindak sebagai pejabat atau ruang privasi bergerak yang mampu memuatkan empat orang pada satu-satu masa, dan setiap penumpang mempunyai akses kepada skrin OLED jernih yang boleh digunakan untuk telesidang video, ataupun menonton filem kegemaran.

Menariknya, Urbansphere juga turut menampilkan teknologi pengesanan tekanan, analisa suara dan pengimbasan mimik muka bagi meneka tahap tekanan penumpang dan kemudian akan mencadangkan beberapa perkara yang mampu menenangkan mereka.
 

Urbansphere


Dari segi kuasa, Urbansphere dipacu oleh dua motor elektrik - satu untuk setiap gandar - yang mampu menghasilkan kuasa setinggi 395 hp dan 690 Nm, digandingkan dengan sistem pacuan semua roda, sistem stereng gandar belakang, serta sistem suspensi udara adaptif.

Pek bateri pula adalah berkapasiti 120 kWh dengan jarak pemanduan sejauh kira-kira 750 km, sementara sistem pengecasan 270 kW pula membolehkan pengecasan bateri dari 5 hingga 80 peratus dalam masa kurang 25 minit sahaja.

Berita Berkenaan

Berita Global
Ia menampilkan trenkuasa plug-in hybrid 1.5 liter (PHEV) yang menawarkan jarak gerak elektrik…
Berita Global
Walaupun digelar sebagai 'kereta terbang', secara asasnya ia adalah sebuah quadkopter dengan…
Berita Global
Menurut Daihatsu, kereta "open-top" tanpa bumbung ini sesuai untuk mereka yang suka menikmati udara…