Malaysia mahu syarikat pihak ketiga disingkir, antara sebab HSR dibatalkan

oleh Mohamad Hanif|
Awal tahun yang lalu, kita dikejutkan dengan berita pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) buat kali kedua selepas pembatalan kali pertama pada September 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Memetik laporan daripada Bernama, projek tersebut dibatalkan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan mengenai perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia susulan perjanjian projek itu berakhir pada Khamis (31 Dis).

Namun, satu laporan terkini daripada AsiaOne mendedahkan punca utama pembatalan projek HSR adalah disebabkan Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk membuang pihak ketiga selaku pembekal sistem dan pengendali rangkaian daripada projek tersebut.

Hal ini disuarakan sendiri oleh Menteri Pengangkutan Singapura Ong Ye Kung pada persidangan Parlimen Isnin lalu, di mana 'perubahan' ini menjadi penyebab kepada terhentinya projek HSR Kuala Lumpur-Singapura.

Menjawab kepada persoalan yang diajukan oleh MP Louis Chua (Sengkang), Ong menjelaskan perkhidmatan HSR merentas sempadan seharusnya dioperasikan oleh sistem tren tunggal antara Singapura dan Kuala Lumpur.

"Ini disebabkan kedua-dua negara tidak mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam mengendalikan HSR, dan kami bersetuju di bawah perjanjian dua hala HSR untuk melantik pemain industri terbaik menerusi tender antarabangsa yang terbuka dan telus untuk memainkan peranan AssetsCo.

"Setelah dilantik, AssetsCo akan membekalkan sistem kereta api, mengendalikan rangkaian, serta memastikan keutamaan merentas sempadan diberikan kepada HSR berbanding perkhidmatan domestik Malaysia, serta bertanggungjawab terhadap kedua-dua buah negara.

 


Selain daripada itu, Ong juga turut menyatakan antara perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia adalah menghubungkan HSR dengan KLIA yang memungkinkan perkongsian landasan berkelajuan tinggi dengan laluan sedia ada menuju ke lapangan terbang.

"Express Rail Link adalah sebuah model sistem kereta api sedia ada yang beroperasi pada separuh kelajuan HSR, dan jika kami bersetuju untuk meneruskannya, sudah pasti banyak masalah teknikal yang perlu diselesaikan.

"Namun, tumpuan utama kami adalah penyingkiran AssetsCo," ujar beliau lagi.

Dengan penamatan projek tersebut, Malaysia perlu membayar ganti rugi kepada Singapura berdasarkan perjanjian yang telah dipersetujui.

Menurut Ong, Singapura telah membelanjakan $270 juta, lebih rendah berbanding jangkaan asal bernilai $300 juta yang dibentangkan oleh Menteri terdahulu pada tahun 2018.

Ganti rugi yang perlu dibayar oleh Malaysia turut merangkumi pelbagai jenis kos tarik diri seperti perkhidmatan konsultansi, rekaan infrastruktur, serta tenaga kerja yang diperlukan untuk projek HSR.

Ia tidak merangkumi kos pengambilalihan tanah, disebabkan nilai tersebut boleh diperoleh kembali, tambah Ong lagi.

Berita penuh di AsiaOne

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Projek itu (HSR) boleh dibiayai melalui inisiatif kewangan swasta di mana kerajaan membayar…
Berita Domestik
Dari segi reka bentuk pula, HSR Kuala Lumpur ke Singapura perlu mempunyai kelajuan 350 kilometer…
Berita Global
Antara stesen yang belum disiapkan ialah Stesen Padalarang (65 peratus) disebabkan kerja-kerja…