Malam pertama Raya - trafik lancar di beberapa lebuhraya

oleh HEZERI SAMSURI|
Keadaan lalulintas di beberapa lebuhraya utama lancar pada jam 10 malam Hari Raya Aidilfitri pertama.

Jurucakap dari Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik bergerak lancar dari Kuala Lumpur menghala ke plaza tol Gombak, berbanding keadaan yang sesak pada awal petang tadi.

Laluan di LPT1 dan LPT2 juga lancar di kedua-dua hala sementara kenderaan bergerak perlahan di lebuhraya PLUS dari Tapah ke Gua Tempurung (laluan mendaki).

Kemalangan di KM123.7 hala utara dari Sungai Dua ke Bertam pula menyebabkan trafik sesak sepanjang 6 km.

Tinjauan Careta sendiri di lebuhraya PLUS antara Simpang Ampat ke Tangkak mendapati kenderaan bergerak lancar tanpa sebarang masalah.

Kawasan Simpang Ampat pula mengalami sedikit kesesakan di bulatan berhampiran plaza tol. 

Polis trafik dilihat turun untuk membantu dengan menambah laluan untuk mengurangkan kesesakan dari menjadi lebih parah.

Untuk mengetahui keadaan lalulintas di lebuhraya PLUS, anda boleh menghubungi nombor bebas tol di 1800-88-0000 atau di laman Twitter https://www.twitter.com/plustrafik

Anda juga boleh menghubungi LLM di talian 1800-887752 atau di laman Twitter https://twitter.com/llmtrafik

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perlu Lihat Kesan Sebenar Di Lapangan Menurut Anthony, antara aspek utama yang perlu…
Informasi
Sekiranya anda faham logiknya, nama-nama ini tak lagi kelihatan rawak, malah boleh membantu…
Berita Domestik
Di Lebuhraya PLUS arah Selatan, aliran trafik dilaporkan perlahan di beberapa kawasan termasuk…