Mahukan sebuah 'Porsche' 964 baharu dari kilang? Cuma RM1.7 juta SAHAJA!!

oleh Mohamad Hanif|
Kereta sports kelahiran Jerman Porsche 911 kini sudah pun memasuki generasi kelapan seperti yang diperlihatkan dua tahun yang lalu, namun jentera-jentera lama Porsche 911, terutama dengan enjin sejukan udara sememangnya masih lagi mempunyai pengikut yang tersendiri.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Banyak juga rumah penala yang hadir dengan program restomod yang tersendiri, namun jika anda inginkan sebuah Porsche 911 klasik dengan kondisi serba baharu, RUF RCT Evo merupakan jawapan yang anda cari.

 


RUF RCT Evo dibangunkan berdasarkan Porsche generasi 964, di mana ia dikuasakan oleh enjin flat-six 3.6 liter dengan bantuan induksi paksaan turbo tunggal yang berupaya menghasilkan 420 HP dan 570 Nm.

Kuasa tersebut disalurkan kepada roda belakang menerusi transmisi manual enam nisbah kelajuan.

 


RUF menawarkan model RCT Evo dalam stail badan standard dan lebar, di mana para pelanggan boleh menempah untuk mendapatkan panel badan penuh yang diperbuat daripada gentian karbon bertujuan untuk mengurangkan lagi berat badan, dan aspek aerodinamik yang dipertingkatkan.

Selain daripada itu, pakej yang ditawarkan turut merangkumi rim dengan kekunci tengah, pemasangan sangkar keselamatan, dan penawaran opsyen brek seramik karbon.

 


Lebih menarik, RUF memberikan kebebasan kepada para pelanggannya untuk memilih warna luaran, bahan upholsteri, dan ciri kustom yang menjadikan RCT Evo lain daripada yang lain.

Harga yang perlu anda laburkan untuk kesemua pilihan di atas bermula dari 350 ribu euro, atau RM1.7 juta sahaja termasuk kos untuk mendapatkan sebuah model penderma Porsche 964.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Ingatkah anda kepada jentera rali klasik Porsche 911 Safari dengan tayar off-road dan ketinggian…
Berita Global
Akan tetapi ia merupakan hasil kerja penuh daripada syarikat pengeluar yang juga berasal dari…