RUF Rodeo Concept - konsep ala Porsche 911 Safari

oleh Mohamad Hanif|
Selain daripada menghasilkan jentera-jentera pantas seperti SCR yang kami paparkan tempoh hari, RUF Automobile juga adakalanya mempunyai idea yang unik untuk ditawarkan kepada para pelanggannya.

Ingatkah anda kepada jentera rali klasik Porsche 911 Safari dengan tayar off-road dan ketinggian tak macam kereta sports itu?

RUF Automobile cuba membawakan kenangan zaman silam tersebut dengan sebuah jentera retro-moden RUF Rodeo Concept, sebuah kereta dengan sistem pacuan semua roda dan suspensi yang dinaikkan ketinggiannya. 

 


Ia membawakan rangka monocoque gentian karbon yang sama seperti jentera CTR Anniversary dan SCR yang ternyata ringan dan kukuh, malah turut juga dipasang dengan sangkar keselamatan secara siap dari kilang. 

RUF selaku pemasang kenderaan yang berdaftar memang banyak mengambil inspirasi daripada jentera asal Porsche, termasuklah Rodeo Concept ini yang menampilkan lampu kabus bulat yang dipasang di atas hud hadapan dan dilindungi dengan gril keluli. 
 


Di bahagian bumbung terdapat rak yang menawarkan ruang ekstra dengan tambahan lampu LED untuk pencahayaan yang lebih jelas pada waktu malam. 

Sementara itu di ruang belakang terdapat penyodok yang berjaya menaikkan seri Rodeo Concept ini. 
 


Ruang kabin pula tidak digambarkan secara penuh, selain memaparkan tempat duduk dengan motif yang diinspirasikan daripada puak natif American Southwestern dan sepasang but cowboy dengan logo Rodeo didatangkan sekali dengan pembelian. 

Walaupun Rodeo Concept sekadar berstatus konsep pada masa ini, namun tidak mustahil untuk pihak RUF merealisasikannya menjadi sebuah model produksi. 
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Produk pertama RUF juga sebenarnya bukan sebuah kereta, sebaliknya sebuah bas persiaran! Selepas…
Berita Global
Banyak juga rumah penala yang hadir dengan program restomod yang tersendiri, namun jika anda…
Berita Global
Akan tetapi ia merupakan hasil kerja penuh daripada syarikat pengeluar yang juga berasal dari…