Ruf SCR - casis gentian karbon, enjin flat-six, 503 kuasa kuda!

oleh Mohamad Hanif|
Nampak macam Porsche, akan tetapi model klasik yang ditampilkan pada artikel kali ini bukanlah hasil restorasi sebenar-benarnya daripada Porsche.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Akan tetapi ia merupakan hasil kerja penuh daripada syarikat pengeluar yang juga berasal dari Jerman, iaitu RUF Automobiles. 
 


Dari segi luaran, ia kelihatan seperti sebuah Porsche 911 generasi 964, namun RUF menggunakan teknologi tersendiri bagi menghasilkan casis monocoque dan rangka daripada gentian karbon selain turut memasang sangkar keselamatan terus dari kilang. 

Ruf SCR menggunakan nadi flat-six aspirasi natural 4.0 liter yang menghasilkan 503 kuasa kuda dan 470 Nm daya kilas, dipadankan dengan transmisi manual enam nisbah kelajuan. 
 


Dengan casis yang serba ringan itu tadi, berat SCR dicatatkan pada angka 1,250 kilogram, membolehkan jentera ini mencapai kelajuan tertinggi 320 km/j!

Beberapa perubahan kecil membezakan antara SCR dan 911 964 seperti rekaan bumper yang menampilkan bukaan besar di bahagian sisi mengapit bahagian mesh grille di tengah-tengah. 
 


Di bahagian belakang, penggunaan fender lebar dilihat mimik kepada generasi 911 Turbo manakala lampu belakang rekaan klasik itu diserikan dengan lampu jenis LED melintangi bahagian tersebut sebelum diakhiri dengan penggunaan spoiler ekor itik. 

Memasuki ruang kokpit, pemandu akan disambut dengan gugusan kluster meter old-school tanpa sebarang kehadiran skrin infotainmen digital yang biasa dilihat pada kebanyakan model masa kini. 
 


Bagi mengekalkan imej klasik, Ruf membaluti papan pemuka, konsol tengah dan bolster tempat duduk dengan kulit berwarna perang gelap, manakala bahagian tengah tempat duduk pula dibaluti dengan fabrik. 

Sementara itu, anda boleh menikmati hasil kerja casis yang diperbuat daripada gentian karbon itu secara terus pada bahagian lantai kereta tanpa sebarang alas. 

Setakat ini, Ruf tidak mendedahkan dengan teliti harga jualan model SCR ini, namun dengan kualiti binaan serta bahan yang digunakan, jangan harap harga jualannya akan menyamai model hatchback kebanyakan. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Produk pertama RUF juga sebenarnya bukan sebuah kereta, sebaliknya sebuah bas persiaran! Selepas…
Berita Global
Banyak juga rumah penala yang hadir dengan program restomod yang tersendiri, namun jika anda…
Berita Global
Ingatkah anda kepada jentera rali klasik Porsche 911 Safari dengan tayar off-road dan ketinggian…