Dalam satu kenyataan, MAHB berkata penamatan itu disebabkan Pestech tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan, menjejaskan pencapaian penting projek dan berisiko kelewatan dalam menyiapkan projek pada tarikh akhir yang ditetapkan.
Ini bermakna MAHB bakal mencari pihak atau konsortium lain untuk melaksanakan projek itu tidak lama lagi, kerana gangguan perkhidmatan aerotrain telah menyebabkan bantahan orang ramai.

Pestech Technology Sdn Bhd telah memperoleh kontrak itu daripada Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd pada Disember 2021.
MAHB berkata notis penamatan itu dikeluarkan kepada Pestech Technology berkuat kuasa serta-merta.
Sumber: New Straits Times