MAHB - Tiada kecederaan akibat keruntuhan kecil siling Skybridge KLIA2

oleh Penyumbang Rencana|
Tiada kecederaan dilaporkan akibat keruntuhan kecil yang berlaku di Balai Berlepas 'Skybridge' Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 pada Selasa.

Perkara itu disahkan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusi perkongsian di laman sosial X petang tadi.

Menurut MAHB, insiden itu berlaku akibat cuaca buruk.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

"Sila elak kawasan yang ditutup untuk keselamatan anda. Jika anda memerlukan bantuan, sila hubungi Duta Airport CARE kami," kata MAHB dalam perkongsian itu.

Kerja-kerja memperbaiki kerosakan sedang dijalankan dan kawasan tersebut ditutup hingga kerja-kerja membaiki serta pemeriksaan keselamatan selesai, tambah MAHB.

 

Astro Awani