MAHB - 6.3 juta trafik penumpang di lapangan terbang tempatan pada Januari 2023

oleh Penyumbang Rencana|
gambar hiasan
Lapangan terbang tempatan yang dikendalikan oleh kumpulan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan pergerakan trafik penumpang berjumlah 6.3 juta pada Januari 2023.


Dalam kenyataan pada Jumaat, pengendali lapangan terbang itu berkata, ia merupakan bulan kedua berturut-turut jumlah trafiknya mencapai paras enam juta dan menyumbang 75 peratus pemulihan berbanding tahap sebelum pandemik.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

 

Katanya trafik antarabangsa meraih 2.8 juta pergerakan penumpang, sama seperti paras yang dicatatkan pada Disember 2022.

 

Menurutnya pemulihan sebanyak 62.5 peratus berbanding paras 2019, didorong terutamanya berikutan pembukaan semula sempadan antarabangsa China awal bulan lepas.

 

Baki sebanyak 3.5 juta pergerakan penumpang terdiri daripada pergerakan penumpang trafik domestik berikutan musim perayaan dan penerbangan tambahan yang ditawarkan oleh MYAirline dan AirAsia.

 

Pengarah Urusan MAHB Datuk Iskandar Mizal Mahmood berkata kumpulan akan terus optimis dari segi pemulihan perjalanan udara tempatan dan global.

 

Beliau berkata prestasi trafik kumpulan amat positif dalam tempoh beberapa bulan lepas.

 

"Pergerakan trafik penumpang pada Januari berjumlah sembilan juta, menyumbang sebanyak 81.3 peratus pemulihan berbanding 2019, dengan operasi di Malaysia menyumbang hampir 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kumpulan.

 

"Perkembangan positif ini dipermudahkan dengan penyambungan semula operasi syarikat penerbangan dan laluan penerbangan yang berterusan, serta pengenalan destinasi baharu," katanya.

 

Sementara itu, Iskandar Mizal berkata Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gokcen di Turkiye mencatatkan pergerakan penumpang sebanyak 2.8 juta pada Januari iaitu pertumbuhan 3.6 peratus berbanding Disember 2022.

 

Pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik masing-masing berjumlah 1.5 juta dan 1.4 juta, katanya.

 

 

Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pendekatan itu dilihat lebih inovatif dan cepat dalam…
Berita Domestik
“Dalam hubungan ini, untuk satu perjalanan di dua lapangan terbang, jumlah yang perlu dibayar oleh…
Berita Domestik
Kedalaman lubang benam itu dianggarkan sedalam satu meter. Kebocoran paip kumbahan disyaki menjadi…