Maaf Urus, Bentley Bentayga Speed kini SUV terpantas di dunia!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Apabila Bentley Bentayga diperkenalkan kepada umum pada tahun 2016, mereka mendakwa SUV tersebut merupakan model SUV terpantas di dunia dengan catatan kelajuan maksimum 300 km/j.

Namun, Lamborghini merampas kedudukan tersebut dengan SUV kedua mereka, Lamborghini Urus dengan kelajuan terpantas 305 km/j. 
 


Tidak berpuas hati dengan rampasan kedudukan tersebut, kini Bentley melepaskan geram mereka dengan memperkenalkan Bentayga Speed 2020 untuk memintas kembali Urus dengan kelajuan tertinggi 306 kmsj!

Dengan enjin W12 yang telah dirombak semula, nadi 6.0 liter itu kini mampu melonjakkan 26 kuasa kuda tambahan kepada 626 hp, manakala daya kilas pula masih sama pada angka 900 Nm.
 


Sebagai perbandingan, enjin 4.0 liter bentangan V8 turbo berkembar yang merupakan nadi utama Urus mampu menghamburkan 641 hp dan tork sebesar 850 Nm sahaja.

Bentayga Speed juga turut menerima talaan kepada sistem gantungan, sistem ekzos selain menerima set rim baharu sebesar 22 inci dan spoiler belakang yang cukup besar. 
 


Sebagai pilihan kepada para pembeli, mereka boleh memilih opsyen sistem brek seramik untuk menghentikan SUV mewah 626 kuasa kuda ini. 

Manakala ruang dalaman pula menerima banyak elemen kemasan Alcantara, sesuai dengan status SUV mewah yang dibawakan oleh Bentley Bentayga itu. 

Selain daripada Urus, pengeluar lain seperti Aston Martin dan Ferrari turut sama bertungkus lumus memperkenalkan SUV versi tersendiri dalam usaha untuk mengejar gelaran SUV terpantas di dunia. 

 

 

Siapa kata bisnes membuat SUV tidak mendatangkan untung? 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pelanggan ditawarkan tujuh warna riasan seperti Mandarin, Signal Yellow, Klein Blue, Pillar Box…
Berita Global
Dihadkan kepada tujuh unit setiap satu, barisan model SUV mewah yang dimaksudkan itu ialah: •…
Berita Global
Selari dengan arus perdana di mana permintaan terhadap SUV semakin meningkat, Aurus kini…