Lynk & Co dedah imej rasmi crossover coupe 05 - pelancaran rasmi tahun hadapan

oleh Mohamad Hanif|
Nampaknya, Lynk & Co kini sudah bersedia untuk melancarkan sebuah lagi model baharu berbentuk SUV Coupe berdasarkan imej yang diterbitkan oleh anak syarikat Volvo dan Geely itu.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang difahamkan bakal memakai lencana '05' itu akan dilancarkan di pasaran China terlebih dahulu menyertai barisan kenderaan Lynk & Co sedia ada (crossover 01 & 02, sedan 03, dan hatchback 04). 

Namun, jika dilihat dengan lebih teliti, model kelima ini sebenarnya merupakan versi coupe kepada crossover SUV 01 yang sudah lama dilancarkan. 

 


Berdasarkan imej beresolusi rendah yang dibekalkan, Lynk & Co 05 ini membawakan elemen yang hampir serupa dengan model-model yang lain, seperti rupa hadapan, rekaan gril yang ikonik diapit oleh lampu utama di bahagian bumper. 

Cuma yang lebih menarik perhatian adalah rekaan terperinci yang dipamerkan pada tiang C crossover coupe ini di mana ia merupakan satu bentuk rekaan yang tersendiri bagi menampakkan penggayaan bumbung terapung pada Lynk & Co 05 ini. 
 


Lynk & Co 05 - seperti adik beradiknya yang lain - dibangunkan berdasarkan platform CMA, namun memiliki dimensi yang sedikit panjang berbanding SUV 01, dengan jarak antara roda 2,734 mm.

Berkemungkinan besar crossover coupe ini bakal menggunakan enjin tiga silinder 1.5 liter turbo yang mampu menjana 177 kuasa kuda manakala varian tertinggi pula mendapat enjin 2.0 liter turbo berkuasa 251 hp. 

Versi pacuan semua roda (AWD) dan hibrid bakal menyusul. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…