Lynk & Co 08 - SUV plug-in hybrid muncul secara rasmi di China, platform CMA

oleh Mohamad Hanif|
Syarikat automotif Lynk & Co baru-baru ini secara rasmi melancarkan model SUV terbaharu 08 dengan membawakan bentuk badan SUV fastback saiz pertengahan untuk pasaran China.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi 1,685 mm dengan jarak antara roda sepanjang 2,848 mm.
 

08


Jika dibandingkan dengan Lynk & Co 09, model 08 ini 222 mm lebih pendek, dan 95 mm lebih rendah, namun ia lebih besar jika dibandingkan dengan model pesaing seperti BMW X4, Mercedes-Benz GLC dan juga Volvo XC60.

Spesifikasi trenkuasa masih lagi belum didedahkan, namun terdapat laporan awal yang menyebut model 08 ini bakal dilengkapi dengan trenkuasa plug-in hybrid Lynk E-Motive, terdiri daripada enjin 1.5 liter (150 hp) dan motor elektrik (136 hp).
 

Lynk & Co


Secara keseluruhan, sistem yang dipinjamkan daripada Lynk & Co 01 EM-P ini mampu menghasilkan kuasa 245 hp dan 545 Nm, sementara pek bateri 17.2 kWh pula membenarkan jarak gerak sifar emisi sejauh 70 km (data WLTC).

Kadar penggunaan bahan api adalah serendah 1.54 liter untuk setiap 100 km.
 

08


Dari segi rekaan, Lynk & Co 08 mempunyai rekaan jeriji yang tertutup, struktur pintu tanpa rangka tingkap, lampu nyalaan siang LED bersegi, grafik lampu belakang berbentuk L, rekaan bampar depan yang lebih ringkas, pemegang pintu tertanam, spoiler bumbung serta rekaan bumbung berwarna hitam.

Masuk ke dalam ruang kabin, anda akan disambut dengan susun atur papan pemuka yang agak kemas dan minimalis, roda stereng dengan tuil pemilihan transmisi di bahagian belakang, konsol tengah yang lebih ringkas beserta dengan pad pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan tempat meletakkan cawan di bahagian tersebut.
 

08


Untuk pemandu disediakan skrin sebesar 12.3 inci LCD, diikuti dengan skrin infohibur bersaiz 15.4 inci yang dikuasakan oleh sistem operasi Flyme Auto daripada Meizu, dan skrin paparan head-up 92 inci dengan teknologi realiti terimbuh.

Terdapat juga penderia pengecaman muka Face-ID yang terdapat pada tiang A, diikuti dengan sistem akustik Harman/Kardon, dan tempat duduk balutan fabrik yang dilihat hampir menyamai bahan yang digunakan pada kereta Volvo.
 

08


Setakat ini, harga jualan Lynk & Co 08 masih lagi belum diumumkan secara rasmi.

Sumber: CarNewsChina

Berita Berkenaan

Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Domestik
Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co,…
Berita Global
Lynk & Co 01   Di Eropah, piawaian keselamatannya tinggi dan ketat yang memaksa pengeluar…