Jenama Lynk & Co sah masuk Malaysia!

oleh Mohamad Hanif|
Geely baru-baru ini membentangkan perancangan strategi Smart Geely 2025 untuk meningkatkan angka jualan tahunan mereka kepada 3.65 juta setahun bermula tahun 2025.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sasaran tersebut merangkumi jumlah jualan bagi model-model di bawah Geely Auto, Lynk & Co, Geometry dan juga Zeekr.

Serentak dengan itu, Geely merancang untuk memfokuskan tumpuan mereka di pasaran seperti Eropah Timur, Timur Tengah, Asia Tenggara dan Amerika Selatan selain memperkenalkan produk tenaga baharu untuk pasaran EU dan juga Asia Pasifik.

Malah untuk jenama Lynk & Co, Geely mengesahkan ia bakal menembusi beberapa pasaran termasuk Russia, Australia, New Zealand dan juga Malaysia!
 

 


Sebelum ini, beberapa unit model Lynk & Co telah dikesan sedang diuji di atas jalan raya Malaysia (01, 02 dan 03) namun pada ketika itu tiada sebarang bukti kukuh jenama itu bakal membuat kemunculan rasmi di sini.

Penguasaan Geely terhadap Proton juga memungkinkan mereka akan mengguna pakai kilang pemasangan Tanjung Malim sebagai hab produksi bagi model-model Lynk & Co versi pemanduan sebelah kanan, sebelum dieksport ke pasaran RHD lain seperti Australia dan New Zealand.

Dalam pada itu, Geely turut mengukuhkan sokongan bagi menjadikan Proton sebagai jenama automotif nombor satu Malaysia, serta berada di kelompok tiga teratas di pasaran ASEAN menerusi pengenalan produk dan teknologi baharu pada masa akan datang.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dibangun menggunakan platform CMA, ia membawakan dimensi berukuran 4,820 mm, lebar 1,925 mm, tinggi…
Berita Global
Terbaharu, laporan daripada Reuters menyebut kerjasama antara kedua belah pihak itu memungkinkan…
Berita Global
Lynk & Co 01   Di Eropah, piawaian keselamatannya tinggi dan ketat yang memaksa pengeluar…