Lykan HyperSport - kereta peronda pasukan polis Abu Dhabi

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untung bila anda bekerja sebagai pasukan penguatkuasa di negara Arab, anda boleh menikmati barisan jentera supercar eksotik sebagai kereta peronda yang paling pantas di muka bumi. 

Sebut sahaja model yang terlintas di dalam fikiran anda, Nissan GT-R, Aston Martin One-77, Bugatti Veyron sehinggalah kepada SUV Mercedes-AMG G 63, ia adalah sebuah syurga bagi kaki kereta seperti kami dan anda. 

 

 

Di Abu Dhabi pula, pasukan polis tempatan kini mempunyai sebuah lagi hypercar yang sangat-sangat terhad penghasilannya, hanya tujuh unit sahaja di dunia di mana salah sebuah daripadanya diberikan penghormatan untuk dijadikan sebagai kereta peronda. 

Lykan HyperSport - anda mungkin mengenalinya menerusi filem kereta terbang melawan graviti Fast & Furious 7 - dihasilkan oleh sebuah syarikat Lubnan, W Motors.
 


Spesifikasinya juga sangat menarik, enjin 3.7 liter flat-six twin turbo dihasilkan oleh Ruf Automobile mampu menjana 780 kuasa kuda dan daya kilas 960 Nm pada putaran enjin 4,000 rpm digandingkan dengan transmisi manual sekuential enam kelajuan atau PDK tujuh nisbah kelajuan.

Pecutan 0-100 km/j dalam masa 2.8 saat sahaja dan 0-200 km/j dalam 9.4 saat sahaja sudah cukup untuk membuatkan supercar Myvi anda tercungap-cungap mencari oksigen.
 


Pada kelajuan maksimum menghampiri angka 400 km/j, buangkan sahaja hasrat anda untuk melarikan diri apabila dikejar oleh Lykan HyperSport ini. 

Lykan HyperSport ini turut menerima kemasan yang agak mahal seperti key fob daripada permata dan lampu utama dihiasi berlian, tidak menghairankan harga jualannya mampu mencecah angka $3.4 juta (RM14.07 juta). 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dubai Corporation Ambulance Service (DCAS) menjelaskan, 'HyperSport Responder' ini bertujuan untuk…
Berita Global
Cara yang digunakan oleh kebanyakan pembikin filem adalah dengan menghasilkan replika, seperti yang…
Berita Global
Namun, produksi Lykan Hypersport hanya dihadkan kepada tujuh unit sahaja, dan untuk model…