Dubai Corporation Ambulance Service (DCAS) menjelaskan, 'HyperSport Responder' ini bertujuan untuk menyelamatkan pesakit dalam situasi kecemasan, biarpun secara fizikalnya ia tidak mampu untuk membawa pesakit sama seperti ambulans tradisional.
Dari segi rupa paras, Lykan HyperSport ini didatangkan dengan liveri merah dan putih, serta ditampal dengan slogan-slogan menarik di mana salah satunya berbunyi "Dubai, the world's best city to live in".

Mungkin kalau penulis sudah cukup kaya untuk berhijrah ke sana.
Lykan HyperSport diperlihatkan secara rasmi pada tahun 2013 oleh W Motor, dengan unit penghasilan yang cukup terhad sebanyak tujuh unit sahaja dalam dunia.
Kereta ini dikuasakan oleh enjin flat-six 3.7 liter turbo berkembar yang dibangunkan oleh Ruf, menghasilkan kuasa setinggi 780 hp dan daya kilas 960 Nm yang memacu roda belakang.

Pecutan 0-100 km/j sekitar 2.8 saat dan mampu mencapai kelajuan tertinggi 395 km/j.
Besar kemungkinan unit HyperSport Responder ini merupakan unit yang sama pernah digunakan oleh Dubai Police Force.