Lima unit terakhir Fenyr SuperSport Launch Edition milik ahli perniagaan Jepun!

oleh Mohamad Hanif|
Pengeluar supercar dari Arab, W Motors terkenal selepas produk pertama mereka, Lykan HyperSports menjadi bintang utama di dalam filem kereta terbang Furious 7 tidak lama dahulu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Namun, produksi Lykan Hypersport hanya dihadkan kepada tujuh unit sahaja, dan untuk model seterusnya, mereka membawakan Fenyr SuperSport yang diproduksikan lebih banyak, kira-kira 100 unit sahaja. 

Sebagai tambahan kepada unit yang dihasilkan, W Motors telah memperkenalkan varian yang lebih eksklusif (10 unit), iaitu Fenyr SuperSport Launch Edition dengan harga sekitar US$1.4 juta (RM5.87 juta). 

 


Menariknya, lima unit terakhir Fenyr SuperSport Launch Edition ini nampaknya jatuh ke tangan seorang ahli perniagaan dari jepun, Tetsumi Shinchi, pengerusi dan CEO Shibaura Group. 

Kesemua lima unit Fenyr SuperSport yang bernilai  US$7 juta (RM29.35 juta) ini akan menyertai barisan 30 jentera paling rare di dunia untuk acara Mega Supercar Motor Show di Jepun tahun 2021 nanti. 
 


Fenyr SuperSport diambil namanya bersempena serigala gergasi di dalam mitos Norse, dan dipasang sepenuhnya menggunakan tenaga tangan, serta menampilkan casis gentian karbon.

Nadi kuasa 3.8 liter flat-six turbo berkembar ini diperoleh daripada Ruf Automobile dan mampu menjana 799 kuasa kuda dan 980 Nm daya kilas yag dipadankan dengan transmisi PDK tujuh nisbah kelajuan dari Porsche. 
 


Atas kertas, ia mampu memecut sepantas 2.7 saat dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan tertinggi 394 km/j.

Ia menjadikan Fenyr SuperSport mempunyai pecutan 0.1 saat lebih pantas dan mempunyai kelebihan 5 km/j berbanding abangnya Lykan HyperSport.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dubai Corporation Ambulance Service (DCAS) menjelaskan, 'HyperSport Responder' ini bertujuan untuk…
Berita Global
Cara yang digunakan oleh kebanyakan pembikin filem adalah dengan menghasilkan replika, seperti yang…
Berita Global
Untung bila anda bekerja sebagai pasukan penguatkuasa di negara Arab, anda boleh menikmati barisan…