Dibina berdasarkan standard spesifikasi prestasi 'MIL-PRF-46374G’, Luminox Mil-Spec memiliki tahap rintangan air, kekukuhan dan kualiti yang menepati piawaian Jabatan Pertahanan US, di mana ianya sesuai untuk kegunaan Navy SEAL dan tentera elit.

Seperti kebanyakan jam tangan Luminox, Mil-Spec 3350 juga didatangkan dengan kerangka CARBONOX, menjadikannya ultra kuat dan ringan serta memiliki keupayaan kalis air sedalam 300 meter.
Tali jam pula ditawarkan dengan bahan getah dan nilon, bersama pilihan warna hitam dan hitam camouflage.

Bagi meningkatkan tahap ketahanan ke peringkat tertinggi, ia turut diperbuat dari bahan keluli khas untuk mengelakkan pengoksidaan daripada air masin.
Sesuai dengan spesifikasi tenteranya, Mil-Spec 3350 dilengkapi dengan sistem pergerakan Quartz bagi memastikan bacaan masa yang tepat.

Pastinya fungsi wajib bagi kegunaan tentera, iaitu sistem pencahayaan Luminox Light Technology bagi membolehkan bacaan semasa persekitaran gelap, di mana Luminox Mil-Spec 3350 mampu bertahan sehingga 84 bulan atau 7 tahun.
Luminox Mil-Spec 3350 Series kini ditawarkan bermula dari RM4,260 dan boleh didapatkan di Parkson 1Utama, Parkson Pavillion KL, SOGO KL, SOGO Central i-City Shah Alam, serta setiap pengedar jam tangan bertauliah.