Lotus Exige varian terbaharu ini masih menggunakan nadi asal bentangan V6 hasil dermaan Toyota, namun memberikan nafas baru pada talaan ECUnya menjadikan Lotus Exige Sport 410 ini mampu menghamburkan kuasa sejumlah 410 kuasa kuda.
Talaan baharu pada ECU itu serta berat kereta hanya 1054 kg sahaja menjadikan pecutan dari 0-100 km/j dapat dicapai sepantas 3.4 saat dengan daya tork maksimum sebanyak 420 Nm.
Kelajuan maksimum boleh dicapai hasil talaan semula ECU itu mencatatkan kelajuan sepantas 290 km/j dengan daya turun (downforce) yang terhasil sebanyak 150 kg.
Sistem gantungan boleh laras asal daripada Nitron masih lagi dikekalkan pada Exige Sport 410 ini dengan penalaan yang lebih diberikan sesuai untuk kegunaan seharian dan juga di litar lumba.
Lotus Exige Sport 410 ini bakal ditawarkan dalam bentuk coupe dan roadster dengan harga jualan bermula dari £85,600 (RM457,317)*.
Sumber: Autocar UK
*menurut kadar pertukaran wang semasa