Lotus hanya berjaya jual 576 kereta tahun 2022, rancang buang 200 pekerja

oleh Mohamad Hanif|
Tatkala pengeluar kenderaan volum rendah yang lain masing-masing mencatatkan keuntungan sepanjang tahun lepas, Lotus Cars pula mencatatkan rekod sebaliknya.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ini kerana sepanjang tahun 2022, Lotus telah merekodkan kerugian berjumlah £145 juta (RM852.26 juta), dan hanya mampu menjual sebanyak 567 unit kenderaan, turun 62 peratus berbanding rekod jualan 1,566 unit pada tahun 2021, menurut laporan TopGear.

Penurunan angka tersebut dikatakan berpunca daripada masalah produksi dan rantaian bekalan yang berlaku pada separuh kedua tahun 2022.

Bukan itu sahaja, Lotus juga sedang merancang untuk mengurangkan jumlah tenaga pekerja sedia ada bagi menjimatkan kos operasi.

Wakil jurucakap Lotus memberitahu TopGear, langkah tersebut akan melibatkan sehingga 200 orang pekerja terutama daripada bidang pentadbiran dan kejuruteraan, sementara mereka yang berada di barisan pengeluaran tidak terjejas.
 

evija


"Cadangan Lotus Cars untuk membuat penyusunan semula perniagaannya adalah untuk memastikan struktur organisasi yang tepat bagi mencapai matlamat perniagaan dan membina masa depan yang kuat dan lestari."

Untuk tahun 2023, Lotus bercadang untuk meningkatkan lagi angka produksi bagi jentera berenjin pembakaran dalaman terakhir Lotus Emira, serta SUV elektrik Lotus Eletre.

Sementara itu, Lotus Evija - hypercar elektrik - akan mula diedarkan kepada pelanggan pada bulan Ogos ini, dan menariknya, tidak semua 130 unit produksi terhad itu telah habis dijual.

Sumber: TopGear

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Pembukaan ruang pameran Lotus Store tersebut mengekori kejayaan pelancaran kenderaan utiliti sukan…
Berita Global
  Idea Type 66 timbul ketika pengasas Lotus, Colin Chapman memberi perhatian kepada siri Can-Am…
Berita Global
  Ada tiga varian yang ditawarkan untuk pembeli di Eropah iaitu Eletre, Eletre S dan Eletre R…