Lotus Elise terakhir dimiliki oleh Elisa Artioli, asal-usul nama Elise itu sendiri!

oleh Mohamad Hanif|
Lotus Elise muncul di pasaran pada pertengahan tahun 1990-an, dan Romano Artioli yang merupakan pengerusi dan pemilik jenama Lotus pada ketika itu menamakan model tersebut bersempena nama cucunya, Elisa Artioli yang ketika itu berusia dua tahun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kini, terdapat 35,124 unit Lotus Elise telah diproduksikan sejak 25 tahun yang lalu, dan unit terakhir Lotus Elise telah berjaya diserahkan kepada pemilik baharu - Elisa Artioli itu sendiri!
 

Elisa


Majlis penyerahan Lotus Elise terakhir itu berlangsung di ibu pejabat Norfolk, England di mana Elisa menerima Elise Sport 240 yang dilayangkan warna Championship Gold.

Pada penghujung tahun lalu, Lotus mengumumkan penamatan produksi bagi model-model Elise, Exige dan juga Evora bagi memberikan laluan kepada model yang lebih moden, seperti Emira dan juga Evija.
 

Lotus


Selain dua model baharu itu, Lotus juga bakal memperkenalkan empat buah model kenderaan elektrik (EV) termasuk sebuah SUV elektrik menjelang tahun 2026.

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Bermula dari tahun 1996 hingga 2000, Elise dan Exige generasi pertama dipasang di sebuah dewan…
Berita Global
Menurut hantaran dari FB Bureau of Customs PH, kesemua 21 unit kenderaan yang dirampas itu…
Berita Global
Serentak dengan itu, syarikat yang pernah dimiliki oleh Proton itu turut mengumumkan bakal…