Namun, rakan media Top Gear Malaysia melaporkan jenama tersebut bakal kembali ke pasaran Malaysia di bawah pengurusan baharu dikenali sebagai Toycars Private Garage.
Toycars Private Garage ditubuhkan pada tahun 2008 di Bukit Jelutong Shah Alam dan nama ini tidak asing bagi komuniti para pemilik Lotus tempatan.
Beroperasi lebih daripada tempoh sedekad, firma ini menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan termasuklah penyelenggaraan, penalaan yang lebih memfokuskan kepada kenderaan-kenderaan Lotus secara amnya.
Berdasarkan informasi dari Top Gear Malaysia dan laman web rasmi Lotus Cars, Toycars telah dilantik sebagai pengedar rasmi kenderaan Lotus di Malaysia dan selain daripada penjualan model terkini, pihak tersebut turut menguruskan perkhidmatan selepas jualan termasuk kepada pemilik Lotus yang terdahulu.
Setakat ini, pihak Toycars akan beroperasi di Bukit Jelutong serta mempunyai perancangan untuk membangunkan pusat pameran khusus untuk jenama Lotus di lokasi serta tarikh yang masih belum ditetapkan lagi.
Tiga model yang bakal menggegarkan jalanan adalah Lotus Elise (bermula dari RM220 ribu), Exige (dari RM360,000) serta model Evora (bermula dari RM470,000) dan kesemua harga yang disebut tidak termasuk dengan duti, cukai jalan serta perkara yang berkaitan.
Sumber: Top Gear Malaysia