Lori pasir rempuh plaza tol, pemandu cedera

oleh Penyumbang Rencana|
Seorang pemandu cedera selepas lori pasir dipandunya merempuh Plaza Tol Senai Utara di Kilometer 19.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kulai pada Khamis.

Kemalangan tersebut mengakibatkan mangsa, Amirrul Faiz Hassan yang berusia 29 tahun tersepit di tempat duduk pemandu.
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 01
MG5 MREC Banner Campaign October 2024 - 02

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.10 pagi.

Susulan itu katanya, dua jentera fire rescue tender (FRT) dan sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Kemalangan membabitkan sebuah lori pasir yang merempuh pondok plaza tol. Pemandunya akibat tersepit dan pihak bomba mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan khas 'power unit' dan 'combination tools'," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan dan operasi tamat jam 11.40 pagi.

 

Sinar Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke…
Berita Domestik
  Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang telah bermula pada 18 dan akan…
Berita Domestik
  “Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan itu gagal berhenti…