Ingkar larangan, dua lori muatan pasir disita!

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari Facebook JPJ Negeri Pahang
Walaupun arahan telah diberikan dan diwar-warkan tetapi masih ada yang degil! Akibat ingkar arahan perintah larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Tahun Baharu Cina, dua lori telah dikenakan tindakan.


Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, dua lori yang membawa muatan pasir itu telah ditahan empat anggota JPJ cawangan Muadzam Shah dalam operasi penguatkuasaan Tahun Baharu Cina dua hari lalu.
BHPETROL Euro5 Diesel MREC Banner Campaign Sep 2023

 

Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang telah bermula pada 18 dan akan berakhir pada 27 Januari 2023 turut mengeluarkan Perintah Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan yang dilaksanakan pada 20 dan 21 Januari 2023 serta 24 dan 25 Januari 2023.

 

Larangan ini bertujuan untuk mengelakkan risiko berlakunya nahas jalan raya akibat percampuran aliran trafik antara kenderaan berat dengan kenderaan ringan di atas jalan raya dan lebuh raya, selain daripada mengelakkan kesesakan lalu lintas.

 

Namun masih ada segelintir pengusaha dan pemandu lori yang tidak peka dengan arahan yang telah dikeluarkan atau sememangnya bersikap mementingkan diri sendiri.

 

Dua buah lori yang membawa muatan pasir telah ditahan oleh sepasukan 4 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Muadzam Shah di KM100, Jalan Kuantan - Segamat kerana ingkar larangan tersebut.

 

Lori yang dalam perjalanan dari Kuantan ke Melaka itu kemudiannya di bawa ke JPJ Muadzam Shah untuk disita.

 

 

JPJPahang

 

 

 

 

Berita Berkenaan

Informasi
  Pengarah JPJ Pahang, Kamarul Iskandar Nordin berkata, kesalahan tidak memiliki lesen memandu dan…
Berita Domestik
  Daripada jumlah kenderaan termasuk kereta dan motosikal yang diperiksa itu, 285 daripadanya…
Berita Domestik
  Menurutnya, daripada jumlah itu sebanyak 169 saman dan 83 lain-lain notis dikeluarkan atas…