Lori pasir rempuh 7 kenderaan: Jazz, Myvi, Isuzu NRR35, Isuzu D-max, Daihatsu Gran Max, Axia, dan Hiace

oleh SALINA JALIL|
Sebanyak tujuh buah kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan teruk setelah dirempuh oleh sebuah lori pasir tanpa muatan dalam satu kemalangan di Persiaran Bukit Rahman Putra 1 di Sungai Buloh hari ini.


Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang sewaktu semua kenderaan tersebut berkenaan sedang berhenti di lampu isyarat merah.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku apabila lori jenis Nissan itu gagal berhenti setelah mengalami masalah brek dan hilang kawalan lalu melanggar kesemua kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah menghala ke Bandar Baru Sungai Buloh.

 

“Kejadian telah mengakibatkan kesemua tujuh kereta yang sedang berhenti itu mengalami kerosakan namun kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Menurut Shafa’aton, kenderaan yang dirempuh terdiri daripada Honda Jazz, Perodua Myvi, trak Isuzu NRR35, Isuzu D-max, van jenis Daihatsu Gran Max, Perodua Axia, dan sebuah van jenis Toyota Hiace.

 

“Setakat ini terdapat tiga orang pemilik kenderaan yang dirempuh masih belum membuat laporan dan siasatan berhubung kejadian masih diteruskan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujar beliau.

 

 

 

– K! ONLINE

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan II Abd Malik Abd…
Berita Domestik
  "Arahan telah dikeluarkan kepada semua pengarah JPJ di setiap negeri membuat operasi khas ke…
Berita Domestik
  Operasi Penguatkuasaan Perayaan Sempena Tahun Baru Cina 2023 yang telah bermula pada 18 dan akan…