Lincoln kini tiada model sedan - Continental ditamatkan riwayat

oleh Mohamad Hanif|
Ini merupakan sebuah lagi kisah 'kematian' model sedan di tengah-tengah era penguasaan SUV dan kali ini ia melibatkan sebuah jenama mewah Amerika Syarikat, Lincoln.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Model yang dimaksudkan adalah model Lincoln Continental di mana syarikat yang dinaungi oleh Ford itu bakal menamatkan pengeluaran dan penjualan sedan tersebut bagi memberikan fokus kepada crossover dan SUV.

Menurut laporan daripada Automotive News, Continental merupakan antara model kenderaan yang mengalami penurunan jualan yang sangat ketara, di mana pada tahun lalu hanya 1,845 unit sahaja berjaya dijual oleh Lincoln.

Sebagai perbandingan, model SUV Lincoln Navigator yang lebih mahal daripada varian tertinggi Continental berjaya dijual tiga kali lebih banyak berbanding sedan itu sendiri!

 


Berita ini menjadikan model Continental sebagai model sedan terakhir yang dihentikan penjualannya selepas sebuah lagi model sedan MKZ yang berkongsi platform dengan Ford Fusion turut ditamatkan penjualannya pada tahun ini.

Ini bermakna, Lincoln kini hanya mempunyai barisan crossover dan SUV seperti SUV kecil Corsair, crossover saiz pertengahan Nautilus, SUV saiz pertengahan Aviator, SUV bersaiz penuh Navigator serta sebuah lagi crossover EV mewah yang bakal diperkenalkan kelak.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Daripada jumlah tersebut, Proton Saga masih lagi kekal sebagai model Proton yang paling laris…
Berita Global
Untuk itu, divisyen R3 Motorsports yang kini berada dibawah naungan Proton Global Services (PGS)…
Berita Global
Model segmen C Skoda ini masih lagi mengekalkan bentuk badan sedan (Limo) dan wagon (Combi) untuk…