Lexus UX dengan tayar inspirasi kasut Nike AF1

oleh Mohamad Hanif|

Sempena menyambut hari pelancaran yang pertama model Lexus UX 2019 ini, Lexus telah bekerjasama dengan seorang pereka terkenal, John Elliot untuk menghasilkan tayar khusus untuk crossover urban tersebut. 

Dipamerkan pada acara Elliot's New York Fashion Week 2019 dengan gelaran Sole of the UX, ia merupakan tayar kustom yang mempunyai corak benang tayar yang diinspirasikan daripada kasut John Elliot x Nike AF1. 

Rekaan tayar putih tersebut memberikan imaginasi silhouette klasik daripada hasil karya Elliot itu sendiri yang menggambarkan semangat kebersihan, kebergunaan serta rekaan moden. 

Menurut Lisa Materazzo, naib presiden bahagian pemasaran Lexus berkata, "ini merupakan Lexus UX yang pertama dibangunkan dan direka untuk kegunaan bandar.
 


"Kami mahu menekankan konsep tersebut dengan menggandingkan crossover ini dengan stail hidup urban - menerusi rekaan tayar yang diinspirasikan daripada kasut jalanan popular," tambah beliau. 

Selain daripada John Elliot, terdapat juga individu pereka terkenal seperti Hassan Rahim, Matt McCormick dan Yung Jake yang menggunakan kasut John Elliot x Nike AF1 sebagai platform mereka untuk tampil dengan karya tersendiri.
 

Add new comment

Careta Ad