Bawa pulang sebuah Lexus dengan tiga cara mudah Lexus Next Step

oleh Mohamad Hanif|
Bagi mereka yang sedang menanti-nantikan kehadiran sebuah Lexus di dalam garaj rumah, Lexus Malaysia menerusi Lexus Capital Services baru-baru ini menyediakan sebuah solusi kewangan Lexus Next Step yang menawarkan pembiayaan yang lebih inovatif dan dapat disesuaikan mengikut kemampuan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Jika dibandingkan dengan pembiayaan sewa beli standard, Pelan Lexus Next Step adalah lebih fleksibel dan membolehkan pemilik muda untuk menikmati bayaran bulanan yang rendah untuk tiga tahun pertama

Pelan pembiayaan yang fleksibel ini bertindak sebagai pintu masuk bagi mereka yang mahu menikmati sebuah kereta berprestij yang dilindungi oleh jaminan lima tahun tanpa had perbatuan, dan dalam masa yang sama tidak membebankan.

Dengan bayaran bulanan serendah RM1,938 untuk tempoh tiga tahun pertama, anda kini boleh membawa pulang sebuah Lexus UX dengan harga yang lebih berpatutan bagi mereka yang berpendapatan tinggi.

 


Pelan pembiayaan ini akan diselaraskan mengikut kemajuan kerjaya pelanggan selepas tempoh tiga tahun pertama, dan struktur ini membenarkan pelanggan untuk berusaha meningkatkan kadar pembayaran mereka selari dengan peningkatan gaji, sekaligus mengurangkan aliran keluar tunai.

Selain daripada itu, pelanggan juga boleh menukar (trade-in) Lexus UX untuk sebuah Lexus serba baharu selepas tempoh enam tahun, atau kekal dengan pembayaran sehingga tahun kesembilan.

Menurut Ravindran K, Presiden Lexus Malaysia berkata, "Lexus Malaysia faham dengan kehendak pengguna yang mahu menikmati aktiviti gaya hidup masa kini dan dalam masa yang sama memiliki kenderaan idaman.

"Dengan Lexus Next Step, kami telah mencipta satu cara yang mudah untuk golongan dewasa muda yang bercita-cita tinggi untuk menikmati kelebihan seperti bayaran bulanan rendah, kadar faedah rendah dan pelbagai tahap pembayaran untuk disesuaikan dengan pertumbuhan gaji pengguna.

 


Untuk maklumat lanjut berkenaan Lexus Next Step atau pandu uji Lexus UX sila kunjungi enam buah cawangan sah Lexus Centre di seluruh negara.