Lexus daftar tanda dagangan LBX - guna platform Yaris Cross?

oleh Mohamad Hanif|
Lexus BX - gambaran artis semata-mata
Ketika ini, Lexus sudah pun mempunyai barisan keluarga SUV/crossover yang cukup lengkap, bermula dari Lexus UX sehinggalah Lexus LX.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Namun di Eropah, pengeluar automotif mewah dari Jepun itu sedang di dalam proses mendaftarkan tanda dagangan LBX dan Lexus LBX, petunjuk kehadiran sebuah lagi model crossover. 
 


Laman web LexusEnthusiast mendapati tanda dagangan tersebut dimiliki oleh Toyota, dan ia boleh digunakan di bawah kategori "automobiles and structural parts". 

Ini menunjukkan nama LBX tersebut berkemungkinan besar digunakan untuk crossover aras mula dan diposisikan di bawah model Lexus UX.
 


Ini bertepatan dengan sebuah laporan terdahulu yang mencadangkan Lexus bakal hadir dengan crossover menggunakan asas daripada Yaris Cross menggunakan nama BX (baby crossover?). 

Lexus BX ini bakal memiliki rekaan Lexus yang tersendiri seperti spindle grille, serta rekaan lampu yang agresif. 
 


Sementara ruang kabin pula sudah pasti akan menggunakan elemen rekaan dan trim yang eksklusif untuk Lexus (ingat kertas jepun Washi?) di samping mengekalkan reka letak papan pemuka sedia ada. 

Dari segi trenkuasa, ia bakal berkongsi nadi Yaris Cross yang sama, iaitu enjin 1.5 liter hibrid yang menghasilkan 114 hp, serta versi F Sport yang lebih berkuasa dan padanan sistem pacuan semua roda. 

Sumber: LexusEnthusiast,
Sumber gambar render: KDesignAG 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Presiden UMWT, Datuk K Ravindran, berkata komitmen syarikat melangkaui penghantaran kenderaan…
Berita Global
   Sama seperti kereta Lexus, bahagian luar adalah terjemahan kepada falsafah reka bentuk L-…
Berita Global
  Untuk NX 2024, beberapa penambahbaikan dibuat seperti pengukuhan ketegaran badan dan talaan…