Lexus Malaysia buka tempahan MPV mewah LM 350, bermula dari RM1.15 juta!

oleh Mohamad Hanif|
Lexus Malaysia baru-baru ini mengumumkan pembukaan tempahan bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan MPV super mewah Lexus LM 350 2021.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seperti yang anda jangkakan, Lexus LM 350 menampilkan semangat hospitaliti Omotenashi Lexus yang menjadikan ia sebuah Luxury Mover dengan ruang dalaman seperti lounge kelas pertama.

Dari segi luaran, Lexus LM 350 tampil dengan kemasan grill spindle yang besar, diikuti dengan lampu projektor LED ultra-kompak dan pemasangan rim aloi bersaiz 18 inci dengan ciri pengurangan bunyi hingar.

 


Lexus LM 350 dipadankan dengan nadi bentangan V6 3.5 liter yang menghasilkan 296 kuasa kuda dan 361 Nm, sistem transmisi automatik direct-shift lapan kelajuan yang memacu roda hadapan sahaja.

Untuk memastikan perjalanan yang lebih selamat, Lexus LM 350 dilengkapi dengan tujuh beg udara, serta ciri keselamatan Lexus Safety System+ yang merangkumi komponen seperti

  • Sistem Pra-Pelanggaran (PCS)
  • Kawalan Pemanduan Radar Dinamik (DRCC)
  • Bantuan Pengesan Laluan (LTA)
  • Amaran Keluar Laluan (LDA)
  • Sistem Suluhan Tinggi Adaptif (AHS)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)

 


Selain daripada ciri standard seperti skrin 12.3 inci yang dilengkapi dengan Apple CarPlay dan Android Auto, fokus sebenar Lexus LM 350 adalah ruang belakang yang mampu memuatkan dua orang VIP pada satu-satu masa.

Dengan tempat duduk Adaptipedic yang boleh dibaringkan sepenuhnya, kabin belakang menawarkan ruang kaki yang lebih luas, serta hadir dengan ciri urutan Ottoman yang boleh dikawal menerusi satu sentuhan pada konsol tengah.

Memisahkan ruang tersebut dengan kabin pemandu adalah 'dinding' yang menempatkan skrin HD penuh bersaiz 26 inci, serta tingkap kaca yang boleh dinaikkan atau diturunkan untuk tujuan privasi.

 


Sistem audio pula adalah dari Mark Levinson dengan 19 pembesar suara  yang menawarkan tahap kualiti bunyi seakan anda berada di dalam teater opera.

Tempahan untuk Lexus LM 350 2021 telah pun dibuka dengan harga jualan bermula dari RM1,148,000 atas jalan tanpa insurans, mendahului pelancaran rasmi yang dijadualkan berlangsung pada Mei 2021.

Dua warna ditawarkan iaitu Black dan White Pearl Crystal, dan setiap pembelian didatangkan dengan jaminan lima tahun tanpa had perbatuan.

 

Berita Berkenaan

Pelancaran
Lexus LM 350 direka untuk golongan professional yang mahu melihat kenderaan mereka lebih daripada…
Berita Domestik
Menurut laporan daripada rakan media Paultan, mereka telah berjaya mendapatkan informasi daripada…
Model Terbaharu
Akhirnya, minivan yang dinanti-nantikan telah pun tiba apabila Lexus selesai melancarkan model…