Lelaki sebabkan kematian penunggang Ducati diarah jalani ujian psikiatri

oleh Danial Yasin Suhaimi|
Foto Berita Harian
Pemandu lori yang mengakibatkan kematian penunggang motosikal Ducati Panigale di Lebuh Raya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) kerana melawan arus pada 14 Jun lalu diperintah menjalani ujian psikiatri di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak.
Jaecoo J7 MREC Banner Campaign March 2025

Majistret, Amalina Basirah Md Top, memerintahkan demikian terhadap Mudzyadaha Mohammad, 42, selepas tertuduh mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, bapa tiga anak itu didakwa menunggang motosikal secara melawan arus yang merbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian penunggang motosikal, Ahmad Fadzil Omar Azaddin, 64, di Kilometer 22.2 Lebuhraya SUKE, pada jam 1.10 tengah hari 14 Jun lalu.

Pertuduhan itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dan boleh dihukum di bawah peruntukan akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM20,000 selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun dari tarikh sabitan, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Annur Athirah Amran memohon jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Peguam dari Yayasan Bahagian Guaman Kebangsaan (YBGK) Izleen Ismail memohon jaminan rendah kerana tertuduh adalah Orang Kurang Upaya (OKU) mental serta menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Izleen, tertuduh mengalami masalah itu kerana beliau kehilangan kerja sebagai pemandu kereta api sehingga menyebabkannya mengalami tekanan.

Amalina Basirah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain menyerahkan lesen memandu kepada mahkamah sehingga kes selesai dan menetapkan 10 Ogos untuk sebutan kes.

 

Sumber: Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Beliau berkata hasil saringan air kencing mendapati wanita berusia 40-an itu negatif terhadap dadah…
Berita Domestik
Justeru katanya, polis tidak dapat merekodkan keterangan mangsa bagi membolehkan siasatan lanjut…
Berita Domestik
"Tindakan saman POL 257 telah dikeluarkan ke atas ke atasnya. "Kejadian ini jelas merupakan satu…