Leka bermain telefon bimbit, Vios lelaki ini 'makan' palang tol

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Seorang lelaki yang dipercayai leka menggunakan telefon bimbit hingga kereta dipandunya merempuh palang besi di Plaza Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi semalam, dikenakan tindakan saman oleh polis.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, lelaki berusia 26 tahun memandu kereta jenis Toyota Vios berpelekat P berkenaan, didakwa gagal memberhentikan kenderaannya sebelum merempuh palang besi tol.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor dalam satu kenyataan hari ini, berkata akibat rempuhan itu, palang tol berkenaan melentur dan terperosok ke dalam kereta lelaki terbabit.

“Pemandu berkenaan mendakwa gagal menekan brek kerana terleka sebelum merempuh palang tol. Dia bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan,” katanya sambil menambah, lelaki berkenaan kemudian disaman polis susulan kejadian terbabit.

Gambar dan video kejadian itu viral di media sosial dan mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Sumber: Berita Harian

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh pihak polis seperti yang dilaporkan oleh laman…
Berita Domestik
Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, maklum balas yang diterima terhadap…
Telah Diuji
Namun, penulis harus berterima kasih kepada pihak UMW Toyota kerana mereka telah menjemput Careta…