Toyota Vios 2023 catat tempahan lebih 5,000 unit!

oleh Mohamad Hanif|
Pihak UMW Toyota dengan bangganya mengumumkan jumlah tempahan yang diterima untuk model sedan Toyota Vios 2023 kini melebihi 5,000 unit, sejak tempahan model tersebut dibuka pada 24 Februari 2023 yang lalu.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menurut Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K berkata, maklum balas yang diterima terhadap Toyota Vios serba baharu adalah luar biasa, dan ini merupakan bukti populariti Toyota Vios serba baharu di pasaran Malaysia.
 

Vios


“Kami teruja untuk memulakan tahun ini dengan pelancaran Toyota Vios Serba Baharu, yang mewakili komitmen kami dalam menyediakan kenderaan dan perkhidmatan berkualiti terbaik kepada pelanggan kami. Kami tidak sabar untuk mengharungi tahun gemilang dan penuh dengan peluang untuk memacu pertumbuhan serta pembangunan ekonomi Malaysia.” tambahnya.

Serentak dengan pelancaran rasmi Toyota Vios 2023, UMWT juga akan menganjurkan acara ‘Showroom Weekender’ bagi memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk merasai sendiri pengalaman pemanduan Vios yang mengujakan.
 

Vios


Selain daripada itu, terdapat juga hadiah pandu uji eksklusif disediakan di semua bilik pameran di seluruh negara bermula dari 24 hingga 26 Mac 2023.

Baca: Spesifikasi Toyota Vios 2023

 

Berita Berkenaan

Sukan Bermotor
Para pelumba selebriti dalam kategori Promotional Class berpeluang untuk menjadi antara yang…
Berita Domestik
Tahukah anda? model Vios merupakan antara lapan model pertama yang diuji oleh ASEAN NCAP semasa…
Berita Domestik
Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ravindran K. berkata, “Bagi pelanggan yang telah menempah Toyota…