LEGO Harley-Davidson® Fat Boy® rasmi dijual - harga dari RM459 sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Berita baik buat para peminat Harley-Davidson di Malaysia kerana LEGO Malaysia secara rasminya telah melancarkan 'mainan' terbaharu di bawah siri LEGO Creator Expert.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

LEGO Harley-Davidson Fat Boy ini dibangunkan dengan kerjasama Harley-Davidson membawakan perincian yang unik dan ikonik daripada motosikal Milwaukee khusus untuk para peminat LEGO dan juga Harley-Davidson tidak mengira usia. 

 


Terdiri daripada 1,023 kepingan LEGO, model Fat Boy ini turut lengkap dengan rim cakera padu, tangki bahan api jenis teardrop, meter kluster terbina dan ekzos berkembar. 

Model Fat Boy ini mempunyai dimensi 20 cm tinggi, 18 cm lebar dan 33 cm panjang, dan usah terkejut apabila terdapat beberapa komponen yang boleh bergerak apabila dimainkan oleh pemiliknya. 
 


Seperti contoh, pergerakan tayar belakang akan turut sama menggerakkan omboh di dalam enjin Milwaukee-Eight, serta paip ekzos yang turut sama bergetar. 

Kemasan yang dilayangkan juga cukup mengkagumkan, didatangkan dalam warna skema hitam dan merah gelap, dan diakhiri dengan logo Harley-Davidson - satu arca seni yang cukup sesuai dipamerkan di rumah, mahupun dipejabat anda. 
 

 
LEGO Creator Expert Harley-Davidson kini boleh didapati dari 8 pusat pameran Lego terpilih di sekitar Lembah Kelang (Pavilion Elite, Bangsar Village 2, The Curve, Empire Shopping Gallery, IOI City Mall, Setia City Mall, Suria KLCC & Mid Valley Megamall) dan juga Brick Magic Asia. 

Harga jualan pula bermula dari RM459.00 sahaja. 

Jadi cepat, usah lepaskan peluang untuk memiliki model LEGO Harley-Davidson Fat Boy ini dan jangan lupa, pamerkannya di meja kerja anda sebagai satu pembakar semangat bahawa anda juga sebenarnya bakal memiliki sebuah motosikal dari Milwaukee. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-…
Informasi
Ianya merupakan sebuah model Harley-Davidson LiveWire ELW 2020, model motosikal dengan rangkaian…
Berita Domestik
Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports…