Kerajaan Sabah sumbang 8 motosikal Harley-Davidson Low Rider™ ST untuk Polis Sabah

oleh Mohamad Hanif|
Sebanyak lapan buah motosikal berkuasa tinggi jenama Harley-Davidson telah diserahkan oleh Kerajaan Sabah kepada Polis Kontinjen Sabah untuk tujuan penugasan khas.

Kesemua motosikal itu menggunakan model Harley-Davidson Low Rider™ ST yang dikuasakan oleh enjin V-twin Milwaukee-Eight 117 bersesaran 1,923 cc, dengan hamburan kuasa 105 hp @ 5,020 rpm dan daya kilas 168 Nm @ 3,500 rpm.
 

HD


Menurut hantaran di laman Facebook Polis Sabah, kesemua motosikal bernilai RM1.076 juta itu akan diagihkan dalam dua fasa sumbangan.

Sumbangan daripada kerajaan negeri itu dilihat mampu untuk mengatasi masalah kekurangan aset motosikal, terutama dalam penugasan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Sabah.

Ia juga bakal digunakan untuk tugasan pengiring di negeri tersebut.
 

sabah

 


Sumber: FB Polis Sabah