Low Rider El Diablo merupakan motosikal yang dihasilkan untuk memberikan gaya dan prestasi sports touring, model tersebut menggabungkan kebolehan touring dan prestasi kendalian dari Harley-Davidson.
Low Rider El Diablo dikuasakan oleh enjin V-Twin Milwaukee-Eight® 117 yang menghasilkan 103 HP dan 170 Nm, model dengan penghasilan terhad itu telah diperkenalkan pada September 2022.
Didi Resources Sdn Bhd yang merupakan pengimport tunggal Harley-Davidson di Malaysia telah berjaya membawa 2 unit dari 1500 unit yang dihasilkan secara global itu ke pasaran tempatan.
2 unit terhad itu telah dimiliki oleh pengedar Harley-Davidson Petaling Jaya (H-D PJ) dan Harley-Davidson Penang (H-D PG).
Kedua-dua unit itu telah dilelong pada acara lelongan amal yang dilakukan bertempat di H-D PJ, harga bidaan dimulakan dari RM172,900, dua pembida telah berjaya memiliki motosikal itu pada harga RM183,900 dan RM179,900.
Melalui lelongan amal itu, kedua-dua pengedar H-D Petaling Jaya dan H-D Penang berjaya mengumpul RM14,880, dimana ianya disumbangkan kepada National Cancer Society Malaysia dan Hospital Lam Wah Ee.