"Lebuhraya tol percuma? Mustahil!" - Tun Mahathir

oleh Mohamad Hanif|
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir berkata adalah mustahil untuk mempunyai sistem lebuhraya yang sempurna tanpa sebarang kutipan tol.

Beliau turut mengaku tidak menyokong sebarang janji untuk menghapuskan sistem lebuhraya bertol seperti mana yang dinyatakan di dalam manifesto Pakatan Harapan pada pilihanraya umum yang lalu. 

"Manifesto ini dibuat ketika kami belum menjadi kerajaan, dan kini kami (kerajaan) mendapati amat mustahil untuk melaksanakan janji ini.

"hanya satu cara yang mampu menampung kos lebuhraya tanpa sebarang kutipan tol dengan cara menaikkan harga bahan api (petrol)," beliau memberitahu Bernama dan RTM ketika acara ASEAN Leaders Gathering di Bali, Indonesia. 
 


Merujuk kepada sistem di England, Tun Dr Mahathir memberitahu mereka mampu melaksanakan sistem lebuhraya percuma hanya dengan mengenakan cukai yang tinggi terhadap hasil petroleum. 

"Harga petroleum naik, cukai pun naik!" ujar beliau lagi. 

"Cukai yang diperoleh daripada rakyat boleh digunakan untuk menampung kos (lebuhraya percuma), akan tetapi di Malaysia pengguna lebuhraya yang bayar.

"Bagi mereka yang tidak menggunakan (lebuhraya), mengapa mereka perlu bayar?" soal beliau. 

Tun Dr Mahathir sebelum ini berkata kerajaan PH perlu semak semula beberapa perkara yang diikrarkan disebabkan sebahagiannya mampu mengakibatkan kerugian kepada kerajaan akibat pelaksanaan yang melulu. 
 

Add new comment

Careta Ad

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Selain pengedaran kepada pengguna lebuh raya PROLINTAS, sejumlah penutup muka  turut diedarkan…
Berita Domestik
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir…
Berita Domestik
Azman menerangkan perancangan PLUS itu kepada Berita Harian bulan lalu dan menambah lebih banyak…