Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, jajaran tersebut membabitkan kerja-kerja naik taraf persimpangan Bintangor ke persimpangan Julau sepanjang 28.5 km.
Ia juga telah dinaik taraf dari dua lorong ke empat dan siap sepenuhnya ada 20 Oktober lalu.
Kontrak Pakej Kerja 07 yang melibatkan persimpangan Bintangor ke jambatan Sungai Kua sepanjang 75 km telah menelan kos sebanyak RM537.4 juta.
Projek Lebuh Raya Pan Borneo merupakan satu projek Kerajaan Persekutuan dan melibatkan jalan raya sepanjang 2,239 km dari Sematan, Sarawak ke Serudong, Sabah dengan tiga kwawan R&R, enam layby, 25 persimpangan bertingkat dan 115 jambatan serta hentian bas.
* Gambar utama dari Facebook KKR Malaysia