Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan diteruskan dengan pendekatan dan formula baharu

oleh SALINA JALIL|
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memberi jaminan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah akan diteruskan menggunakan pendekatan dan formula baharu.

Katanya, struktur baharu bagi mengurus pembinaan lebuh raya bernilai berbilion ringgit itu akan mengurangkan kos pelaksanaan projek berkenaan.

“Projek itu masih diteruskan tetapi kita mahu menjimatkan wang. Kerajaan membelanjakan RM26 juta ketika projek itu diurus rakan penyampai projek (PDP).
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

“Sehingga kini kita membelanjakan RM900 juta untuk pampasan tanah tetapi belum kelihatan jalannya,” katanya pada program sambutan Krismas dan Tahun Baharu di Membakut, semalam.

 

Mohd Shafie mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai pembatalan PDP yang menyebabkan projek itu terhenti.

 

Najib turut mendakwa keputusan itu turut menyebabkan Kimanis berdepan masalah perhubungan dan kurang kemajuan.

 

Mohd Shafie yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, projek itu akan diurus sebuah badan yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan negeri.

 

Selain itu, terdapat juga wakil daripada Kementerian Kewangan serta Kementerian Kerja Raya negeri dan persekutuan.

 

“Keputusan membatalkan PDP juga berdasarkan pertimbangan bahawa syarikat perunding dimiliki ahli parti politik,” katanya.

 

Sementara itu, Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Datuk Peter Anthony berkata, selepas Kabinet Persekutuan menghentikan syarikat PDP, kerajaan dapat menjimatkan lebih RM1 bilion.

 

Pada masa sama, Peter turut menyangkal kenyataan Najib bahawa Lebuhraya Pan Borneo adalah hadiah daripada kerajaan sebelum ini kepada rakyat Sabah.

 

“Hasil dari Sabah dibawa ke Kuala Lumpur. Sepatutnya, ia adalah tanggungjawab kerajaan Pusat untuk membina jalan raya di Sabah. Ia bukan hadiah,” katanya.

 

 

Sumber: Harian Metro

Berita Berkenaan

Informasi
Menurutnya, sebagai permulaan perkhidmatan bas MARA Liner itu akan dimulakan di Sarawak iaitu dari…
Informasi
Beliau berkata dua daripada 15 pakej berkenaan telahpun disiapkan iaitu Pakej 5 menaik taraf jalan…
Berita Domestik
Menurut Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof, jajaran tersebut membabitkan kerja-kerja naik…