Lebuhraya DUKE diumum lokasi kedua pembuktian konsep sistem MLFF

oleh Mohamad Hanif|
Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan mengumumkan Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) menjadi syarikat konsesi lebuh raya terkini yang mengambil bahagian dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehingga kini, terdapat 12 lebuh raya yang bakal mengambil bahagian di dalam pelaksanaan sistem pembayaran terbuka yang dijangka bermula September 2023 seperti berikut:

  • Lebuhraya Sungai Besi
  • Lebuhraya Baru Pantai
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur
  • Lebuhraya Koridor Guthrie
  • Jambatan Pulai Pinang
  • Lebuhraya Butterworth-Kulim
  • Lebuhraya Damansara-Puchong
  • Skim Penyuraian Trafik KL Barat
  • Lebuhraya Shah Alam
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya
  • Lebuhraya Duta-Ulu Klang

Selain itu, Lebuhraya DUKE juga telah dipilih menjadi lokasi kedua pelaksanaan pembuktian konsep (POC) sistem Multi Lane Fast Flow (MLFF) selepas Lebuhraya Sungai Besi dan dijangka bermula pada penghujung Oktober 2023.

Menurutnya lagi, pelaksanaan sistem pembayaran terbuka merupakan persediaan awal peralihan ke arah MLFF sebelum dilaksanakan sepenuhnya secara berfasa selewat-lewatnya suku ketiga 2024.

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lelaki itu memandu dari arah Jalan Duta ke Plaza…
Berita Domestik
Pengunjung roadshow kempen itu akan menerima rebat RM8 dengan setiap pembelian tag RFID, dan…
Berita Domestik
  Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner…