Lebuhraya DASH, SPRINT ditutup sementara 5 November ini

oleh Mohamad Hanif|
Pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan penutupan sementara beberapa laluan di sepanjang jajaran Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH) dan Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ia bertujuan untuk memberikan laluan kepada penganjuran acara larian Anak Sarawak (AS) LLM DASH Penchala Link Tunnel Night Run pada 5 November 2022, dianjurkan oleh Persatuan Sukarelawan Sarawak dengan kerjasama LLM, DASH dan SPRINT.

Penutupan akan dilaksanakan seawal jam 9.00 pagi 5 November 2022 dan dijangka akan dibuka semula pada jam 5.00 pagi 6 November 2022.

Para pengguna disarankan untuk merujuk laluan alternatif seperti berikut:

DASF


Pengguna yang melalui Lebuhraya DASH pada hari larian berlangsung akan dilencongkan ke Persimpangan Persiaran Surian (susur keluar) iaitu selepas Plaza Tol (RRIM) Kwasa Damansara.

Kesemua laluan DASH akan dibuka semula pada jam 5.01 pagi 6 November 2022.
 

SPRINT


Semua laluan terlibat di Lebuhraya SPRINT akan dibuka semula kepada pengguna pada 1.01 pagi, 6 November 2022.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Operasi dijalankan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman bersama Jabatan…
Berita Domestik
"Siasatan mendapati kejadian berlaku pada jam 10 pagi Khamis di Kilometer 35 Lebuhraya Link Kedua…
Berita Domestik
Susunatur Rekabentuknya juga boleh dibahagikan kepada dua jenis susunatur: Susunatur tipikal di…