LCS pertama capai 85 peratus November ini, lalui ujian di laut

oleh Penyumbang Rencana|
gambar dari fail
Kapal tempur pesisir (LCS) pertama dijangka menjalani ujian penilaian di pelabuhan dan laut pada November depan sebaik sahaja mencapai kemajuan pembinaan sebanyak 85 peratus.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kedua-dua ujian berkenaan mengambil masa selama dua tahun sebelum LCS pertama dijangka ditauliah pada 2026.
CHERY TIGGO 7 PRO Launch MREC Banner Campaign June 2024

Jelas beliau, status semasa kemajuan kapal LCS merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta ujian yang berakhir Januari lalu adalah 67.57 berbanding sasaran 68.77 peratus.

"Maknanya ada kurang satu peratus, tetapi pihak syarikat Lumut Naval Shipyard Sdn Bhd akan berusaha untuk pastikan kita dapat lakukan mitigasi menangani cabaran ini dan dijangka bulan Jun itu, projek LCS tersebut kembali ke jadual sasarannya.

"Walaupun kapal dah siap 85 peratus tetapi ia masih tidak lengkap kerana belum melalui ujian di laut dan ia akan ambil masa dua tahun untuk ujian berkenaan," katanya dalam sidang media di Parlimen pada Selasa.

Mengulas lanjut, beliau berkata peratusan kemajuan pembinaan bagi kapal LCS kedua hingga lima akan turut meningkat menjelang akhir tahun ini.

"Untuk LCS kedua akan capai 78.17 peratus; LCS ketiga (61.48 peratus); LCS keempat (53.40 peratus); dan LCS kelima (42.11 peratus)," katanya.

Oktober tahun lalu, Jawatankuasa Kira-Kira Wang (PAC) dalam laporan prosiding berhubung kemajuan projek pembinaan LCS milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi tempoh Oktober 2022 hingga Mei 2023 memaklumkan, kelima-lima kapal LCS akan siap pada 2029.

Bagi tujuan itu, kos tambahan kos RM2.098 bilion diperlukan, kepada kos asal RM9.128 bilion.

 

Astro Awani

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di…
Berita Domestik
  "Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan SPRM untuk…
Berita Domestik
  TLDM melalui kenyataan dikeluarkan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, berkata…