Perolehan kapal LCS kritikal, TLDM sokong ketirisan projek disiasat

oleh SALINA JALIL|
gambar hiasan
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menegaskan perolehan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah kritikal bagi memelihara kedaulatan dan keselamatan negara.


Pada masa sama, TLDM menyokong supaya sebarang ketirisan di dalam projek itu disiasat dengan pihak yang terbukti terbabit dalam isu berkenaan segera dibawa ke muka pengadilan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

TLDM melalui kenyataan dikeluarkan Cawangan Komunikasi Strategik Markas Tentera Laut, berkata ini kerana keupayaan tempur yang perlu dimiliki tentera itu perlu sejajar dengan perkembangan landskap keselamatan geostrategik dan geopolitik serantau.

 

Katanya, sebagai 'pengguna akhir' kelewatan pelaksanaan projek berkenaan memberi kesan negatif bukan saja kepada keupayaan tempur armada TLDM, malah kepada moral warga tentera yang memerlukan kapal LCS untuk melaksanakan tanggungjawab mereka dengan berkesan.

 

"Sehubungan itu, TLDM amat menghargai keputusan yang dibuat kerajaan untuk meneruskan projek terbabit.

 

"TLDM berpandangan ia adalah keputusan yang tepat dan didorong oleh keprihatinan kerajaan untuk mengutamakan kepentingan kedaulatan negara.

 

"TLDM juga ingin menyeru semua pihak supaya berganding bahu dan memberikan sokongan terhadap kelancaran pelaksanaan projek ini demi memelihara kedaulatan dan keselamatan perairan negara," katanya di sini.

 

Sebelum ini, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menyenaraikan sembilan rumusan sebagai punca kepincangan projek pembinaan enam kapal LCS bagi kegunaan TLDM bernilai RM9 bilion.

 

Melalui laporan PAC itu, kerajaan sudah membayar RM6.083 bilion untuk projek lima kapal LCS kepada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) bagi projek runding terus itu, namun tiada kapal diterima setakat ini.

 

PAC dalam laporannya berhubung projek itu turut memaklumkan kajian daya maju (due diligence) yang dilakukan kerajaan terhadap syarikat BNS untuk pembinaan lima kapal LCS TLDM gagal mengesan masalah kewangan syarikat itu.

 

Ia dibuktikan apabila kerajaan terpaksa membuat pembayaran pendahuluan sehingga RM1.36 bilion kepada BNS, bertentangan dengan Surat Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 5 Tahun 2007 yang berkuat kuasa ketika itu.

 

TLDM menegaskan, pihaknya mengambil maklum dan melihat daripada sudut positif terhadap laporan PAC itu, selain amat mengalukan syor dikemukakan jawatankuasa terbabit dan mahukan hala tuju terbaik bagi projek LCS.

 

 

Berita Harian

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelas beliau, status semasa kemajuan kapal LCS merangkumi reka bentuk, pembinaan, peralatan serta…
Berita Domestik
  Menurutnya, setakatnya ini pihaknya sudah membina lima daripada enam kapal LCS yang dilakukan di…
Berita Domestik
  "Kertas siasatan sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dengan saranan SPRM untuk…