Lawan arus kerana Waze!

oleh SALINA JALIL|
Seorang pemandu wanita tiba-tiba berada di laluan melawan arus di susur keluar Sungai Dua semalam gara-gara mengikut aplikasi pandu arah Waze.


Akibat kejadian itu, sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki hilang kawalan lalu terbalik di hadapan kereta Perodua Kelisa yang dipandu wanita berkenaan.
KTM aspiRC MREC Banner Campaign October 2023
HONDA CITY MREC Banner Campaign November 2023

 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, ketika kejadian jam 4.50 petang Ahad, wanita berusia 23 tahun itu memandu keretanya dari arah Sungai Petani, Kedah.

 


Menurutnya, berdasarkan aplikasi Waze, dia membelok masuk ke susur Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan secara melawan arus dan tersilap jalan.

 

"Hasil siasatan awal di lokasi kemalangan mendapati Perodua Kelisa yang datang dari arah Sungai Petani telah membelok masuk ke susur Sungai Dua secara melawan arus.

 

"Pada masa sama, sebuah motosikal jenis Yamaha FZ yang ditunggang seorang lelaki dari arah Jalan Sungai Lokan menuju ke Tol Sungai Dua melalui jalan sama hilang kawalan dan terbalik di hadapan kereta tersebut," katanya ketika dihubungi tadi.

 

Noorzainy berkata, penunggang lelaki berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan ringan di tangannya.

 

"Mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan lanjut namun pemandu kereta tidak mengalami kecederaan. Kereta Perodua Kelisa tidak mengalami kerosakan manakala motosikal calar di bahagian hadapan, tangki minyak dan cermin sisi kiri.

 

"Siasatan mendapati, pemandu yang bekerja sebagai kerani kilang serta penunggang motosikal yang juga pekerja kilang mempunyai lesen memandu yang masih sah," katanya.

 

Menurutnya, pemandu kereta yang berasal dari Bukit Minyak, Bukit Mertajam tidak ditahan dan kes disiasat mengikut Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Rule 10LN 166/59).

 

 

 

 

Sumber: Sinar Harian


 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  "Orang ramai berpendapat dengan memaparkan keberadaan pihak polis, pemandu akan lebih cenderung…
Berita Domestik
Menurut laporan Kosmo, remaja itu dikatakan sesat kerana mengikut aplikasi peta Waze untuk pulang…
Berita Global
Namun begitu, untuk yang mahukan sistem navigasi yang lebih mesra data dan tidak berserabut, Google…