Lavoie Series 1 - skuter lipat elektrik terbaharu daripada McLaren, boleh cecah 61 km

oleh Mohamad Hanif|
Percaya atau tidak, skuter elektrik ini merupakan produk terbaharu daripada McLaren, walaupun nama penuhnya tidak langsung mempunyai frasa 'McLaren'.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Skuter Lavoie Series 1 ini direka oleh Ian Callum dan dihasilkan oleh Lavoie, salah satu unit di bawah naungan syarikat teknologi McLaren Applied.
 

flowfold


Ciri unik skuter Lavoie Series 1 ini ialah mekanisme lipatan 'flowfold' yang boleh dilakukan dengan hanya menekan satu butang fungsi sahaja.

Terdapat dua varian yang ditawarkan, iaitu Series 1 dan Series 1 MAX.

Series 1 membawakan pek bateri 468 Wh, membolehkan skuter ini ditunggang sejauh 40 km pada kelajuan purata 19 km/j, sementara Series 1 MAX pula membawakan pek bateri 702 Wh, dengan jarak gerak sejauh 61 km.
 

lavoie


Kedua-dua versi ini boleh mencapai kelajuan maksimum 40 km/j, dan pengecasan penuh hanya mengambil masa tiga jam sahaja.

Tiga mod tunggangan disediakan iaitu Eco, Cruise dan Sport.

Bergantung kepada ketinggian dan berat penunggang serta mod yang disebutkan tadi, skuter Series 1 boleh mencapai jarak sejauh 70 km pada kelajuan 14.4 km/j dalam mod Eco, atau sehingga 60 km dalam mod Cruise (25 km/j), atau sehingga 35 km dalam mod Sport (40 km/j).
 

Lavoie


Untuk permulaan, Lavoie akan membina 496 unit skuter Series 1 Founders Edition sebagai tribut kepada paten skuter elektrik yang didaftarkan pada April 1869, lengkap dengan plak nombor yang unik.

Manakala untuk model biasa, Series 1 akan dijual pada harga $1,990 (RM9,285), diikuti Series 1 MAX pada harga $2,230 (RM10,405).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik…
Informasi
"Empat skuter elektrik diserahkan untuk kegunaan pasukan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2,…
Berita Global
Mengikut spesifikasi, Lambretta Elettra 2024 ini datang dengan motor elektrik tunggal berkuasa 15…