Lanjutan operasi rel sempena Ambang Merdeka 30 Ogos 2023

oleh Mohamad Hanif|
Bersempena dengan sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2023, pihak Rapid KL mengumumkan lanjutan waktu operasi bagi perkhidmatan LRT, MRT dan juga Monorel sehingga jam 2 pagi 31 Ogos 2023.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Stesen yang terlibat adalah seperti berikut:
• LRT Laluan Kelana Jaya - Pasar Seni, Masjid Jamek, KLCC, Ampang Park
• KL Monorel - Bukit Bintang
• LRT Laluan Ampang/Sri Petaling - Masjid Jamek
• MRT Laluan Kajang - Pasar Seni, Bukit Bintang
• MRT Laluan Putrajaya - Ampang Park, Persiaran KLCC

Stesen sambungan juga akan turut dilanjutkan operasi bagi membawa penumpang ke destinasi terakhir.

 


Operasi bagi stesen lain akan ditamatkan seperti biasa, namun penumpang masih boleh keluar di stesen berkenaan.

Untuk sambutan Hari Merdeka pada 31 Ogos, semua perkhidmatan rel Rapid KL akan bermula pada jam 4.00 pagi bagi memudahkan rakyat Malaysia yang ingin ke Dataran Putrajaya.
 

rapidkl


Selain itu, Rapid KL juga akan menyediakan perkhidmatan 50 buah bas perantara dari Stesen MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya seawal jam 4 pagi, serta tiga perkhidmatan bas percuma dari MRT Putrajaya Sentral ke Dataran Putrajaya, Nasyrul Quran Precint 14 dan Marina Putrajaya.

Berita Berkenaan

Informasi
Untuk perkhidmatan Rapid Rail, operasi waktu puncak pagi akan bermula 30 minit lebih awal daripada…
Berita Domestik
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus…