MRT Putrajaya Fasa Dua mula beroperasi pertengahan Mac, sasar 200,000 penumpang harian

oleh Mohamad Hanif|
Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan mula beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan Mac ini, menurut laporan Bernama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, MRT Putrajaya Fasa Dua kini siap 99.9 peratus dan berharap dapat menarik lebih ramai pengguna pengangkutan awam menggunakan perkhidmatan itu.

“Untuk tempoh satu hingga dua tahun, kami harap ia dapat cecah 200,000 penumpang harian, itu memang harapan kami, tetapi seperti mana-mana perkhidmatan MRT atau LRT (Transit Aliran Ringan), ia akan mengambil masa untuk capai sasaran itu.

“Seperti MRT Satu (MRT Laluan Kajang), kita bermula dengan jumlah yang rendah tetapi kemudian ia telah mencecah kira-kira 200,000 sekarang. Ia ambil masa kira-kira dua tahun untuk capai jumlah itu,” katanya pada sidang media di Depoh MRT Sungai Buloh, dekat sini hari ini.

Dengan pengoperasian penuh MRT Putrajaya Fasa Dua akan memudahkan orang ramai dan pesakit Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan dengan adanya stesen di hospital tersebut yang turut dilengkapi kemudahan laluan gerak sepanjang 400 meter.

Sebanyak 107 bas pengantara disediakan bagi menyokong perkhidmatan MRT2.

Menurut Loke lagi, terdapat juga perancangan untuk menaiktaraf stesen Titiwangsa sebagai salah satu hab pengangkutan utama yang menghubungkan beberapa laluan iaitu monorel, LRT Laluan Ampang, MRT2, serta MRT3 yang bakal dibina kelak.

Berkenaan status MRT3, Loke menjelaskan pihaknya sedang menunggu kelulusan projek dan penganugerahan tender daripada Kementerian Kewangan.

Sumber: Bernama

Berita Berkenaan

Berita Domestik
  MRT Laluan Putrajaya sepanjang 57.7 kilometer mempunyai 36 stesen terdiri daripada 27 stesen…